Raja Dengan Penunggang
Singa
Kisah ini menceritakan
tentang seorang sultan
yang bernama Abu
Fawaris Syah Al-Karmani.
Pada suatu hari baginda
keluar berburu bersama-
sama dengan pengawal-
pengawal baginda.
Semasa baginda merayau
mencari binatang
buruan, tiba-tiba
terlintas binatang di
hadapan baginda. Tanpa
membuang masa,
baginda mengejar
binatang tersebut
sehinggalah baginda
sampai ke suatu kawasan
tanah lapang. Baginda
tidak menyedari bahawa
pengawal-pengawal
tidak bersamanya
semasa baginda
mengejar binatang
tersebut.
Sambil mencari binatang
yang dikejarnya tiba-tiba
muncul seorang pemuda
menunggang seekor
singa yang sangat besar.
Bersama-samanya
terdapat dua ekor singa
lagi mengiringi pemuda
tadi. Melihat singa-singa
tersebut baginda sangat
takut dan cuba hendak
lari tetapi tidak berjaya
kerana kakinya tidak
terdaya untuk
melangkah. Pemuda itu
menghampiri baginda
dan memberi salam.
Baginda menjawab salam
pemuda itu. Pemuda itu
berkata "Wahai Abu
Syah, kenapakah tuanku
sangat lalai kepada Allah
Taala, tuanku sangat
mengutamakan dunia
daripada akhirat, tuanku
sangat kasih kepada
dunia dan sangat lalai
kepada Allah Taala".
Baginda sangat hairan
tentang tingkah laku
pemuda ini kerana
semenjak baginda
memerintah tiada siapa
berani berkata demikian
kepadanya. Baginda
tidak dapat berbuat apa-
apa lidahnya kelu tidak
dapat berkata-kata.
Pemuda itu menyambung
lagi " Tahukah tuanku
bahawa dunia yang
dikurniakan oleh Allah
adalah sebagai suatu
jalan untuk berkhidmat
kepadaNya dan bukan
untuk bersenang-senang
sehingga melalaikan diri"
Pemuda itu terus
memberi nasihat pada
sultan Abu Syah sehingga
pemuda itu berasa
penat. Tidak lama
kemudian muncul
seorang perempuan tua
membawa secerek air
dan diberikan kepada
pemuda itu. Setelah
selesai meminumnya
pemuda itu menawarkan
air itu kepada baginda
seraya berkata
"Minumlah air ini, ianya
sungguh lazat". Baginda
mengambil air itu dan
terus meminunya, dan
ternyata air itu sungguh
lazat seperti yang
dikatakan oleh pemuda
itu. Selesai minum
baginda menyerahkan
kembali cerek air itu
kepada perempuan tadi
dan tiba-tiba perempuan
tadi ghaib dengan
sekelip mata.
Baginda sungguh hairan
melihat keajaipan yang
berlaku lalu bertanya
kepada pemuda itu
"Siapakah perempuan
itu, sungguh ajaib sekali
ia muncul dengan tiba-
tiba dan hilang juga
dengan sekelip mata
sahaja". Sambung
baginda lagi "Katakan
kepada ku siapakah
perempuan itu dan ke
manakah dia pergi?".
Pemuda itu menjawab
"Dia telah kembali ke
tempat asalnya" Baginda
tidak faham apa yang
dikatakan oleh permuda
itu. "Beritahulah siapa
sebenarnya perempuan
itu" kata baginda.
Pemuda itu menjawab
"Dia adalah dunia, yang
dijelmakan oleh Allah
untuk memberi khidmat
kepada ku dan dia akan
muncul pada bila-bila
masa apabila aku
memerlukanya" Pemuda
itu berkata lagi "
Tidakkah tuanku
mendengar Allah
berfirman yang
bermaksud wahai dunia,
sesiapa yang berkhidmat
kepada ku, hendaklah
kau berkhidmat
kepadanya dan siapa
yang berkhidmat kepada
mu, maka tunggangilah
dia".
Selepas berkata-kata
pemuda itu terus berlalu
dari situ. Sultan Abu Syah
masih lagi terpaku disitu
seoleh-olah tidak
percaya apa yang telah
berlaku dan adakah ia
sedang bermimpi. Tidak
lama kemudian,
pengiring-pengiring
Sultan Abu Syah datang
mencari baginda.
Semenjak dari peristiwa
itu Sultan Abu Syah
memikirkan apa yang
berlaku dan tidak lama
kemudian Sultan Abu
Syah turun dari takhta
dan menyerahkan
pemerintahan kepada
saudaranya. Baginda
telah bertaubat dan
terus mengembara untuk
lebih mengenali Allah
sehinggalah baginda
menjadi hamba yang
soleh.