Suatu ketika tatkala
Rasulullah S.A.W sedang
bersiap di medan perang
Uhud, tiba-tiba terjadi
hal yang tidak terduga.
Seorang lelaki yang
bernama Amar bin Thabit
telah datang menemui
baginda. Dia rupanya
ingin masuk Islam dan
akan ikut perang
bersama Rasulullah
S.A.W. Amar ini berasal
dari Bani Asyahali.
Sekalian kaumnya ketika
itu sudah Islam setelah
tokoh yang terkenal
Saad bin Muaz memeluk
Islam. Tetapi Amar ini
enggan mengikut
kaumnya yang ramai itu.
Keangkuhan jahiliyyah
menonjol dalam jiwanya,
walaupun dia orang baik
dalam pergaulan. Waktu
kaumnya menyerunya
kepada Islam, ia
menjawab, "Kalau aku
tahu kebenaran yang aku
kemukakan itu sudah
pasti aku tidak akan
mengikutnya." Demikian
angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di
Madinah pun mengetahui
bagaimana keanehan
Amar di tengah-tengah
kaumnya yang sudah
memeluk Islam. Ia
terasing sendirian,
hatinya sudah tertutup
untuk menerima cahaya
Islam yang terang
benderang. Kini dalam
saat orang bersiap-siap
akan maju ke medan
perang, dia segera
menemui Nabi S.A.W,
menyatakan dirinya akan
masuk Islam malah akan
ikut berperang bersama
angkatan perang di
bawah pimpinan Nabi
S.A.W. Pedangnya yang
tajam ikut dibawanya.
Nabi S.A.W menyambut
kedatangan Amar
dengan sangat gembira.,
tambah pula rela akan
maju bersama Nabi
Muhammad S.A.W.
Tetapi orang ramai tidak
mengetahui peristiwa
aneh ini, kerana masing-
masing sibuk menyiapkan
bekalan peperangan. Di
kalangan kaumnya juga
tidak ramai mengetahui
keIslamannya.
Bagaimana Amar maju
sebagai mujahid di
medan peperangan.
Dalam perang Uhud yang
hebat itu Amar
memperlihatkan
keberaniannya yang luar
biasa. Malah berkali-kali
pedang musuh mengenai
dirinya, tidak
dipedulikannya. Bahkan
dia terus maju sampai
saatnya dia jatuh
pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari
ya Amar !" Demikian
tanya orang yang hairan
melihatnya, sebab
sangka mereka dia masih
musyrik. Mereka kira
Amar ini masih belum
Islam lalu mengikut
sahaja pada orang ramai.
Dalam keadaan antara
hidup dan mati itu Amar
lalu berkata, "Aku sudah
beriman kepada Allah
dan Rasul-Nya, lalu aku
siapkan pedangku dan
maju ke medan perang.
Allah akan memberikan
syahidah padaku dalam
waktu yang tidak lama
lagi."
Amar meninggal. Rohnya
mengadap ke hadrat
Illahi sebagai pahlawan
syahid. Waktu hal ini
diketahui Rasul S.A.W,
maka baginda pun
bersabda,, "Amar itu
nanti akan berada dalam
syurga nantinya." Dan
kaum Muslimin pun
mengetahui akhir hayat
Amar dengan penuh
takjub, sebab di luar
dugaan mereka. Malah
Abu Hurairah r.a sahabat
yang banyak mengetahui
hadith Nabi S.A.W
berkata kaum Muslimin,
"Cuba kamu kemukakan
kepadaku seorang yang
masuk syurga sedang dia
tidak pernah bersyarat
sekalipun juga terhadap
Allah."
"Jika kamu tidak tahu
orangnya." Kata Abu
Hurairah r.a lagi, lalu ia
pun menyambung,
ujarnya, "Maka baiklah
aku beritahukan, itulah
dia Amar bin Thabit."
Demikianlah kisah
seorang yang ajaib,
masuk syurga demikian
indahnya. Ia tidak pernah
solat, puasa dan lain-
lainnya seperti para
sahabat yang lain, sebab
dia belum memeluk
Islam. Tiba-tiba melihat
persiapan yang hebat itu,
hatinya tergerak
memeluk Islam sehingga
ia menemui Nabi S.A.W .
Ia menjadi Muslim, lalu
maju ke medan perang,
sebagai mujahid yang
berani. Akhirnya tewas
dia dengan mendapat
syahadah iaitu
pengakuan sebagai
orang yang syahid. Mati
membela agama Allah di
medan perang. Maka
syurgalah tempat bagi
orang yang memiliki
julukan syahid. Nabi
S.A.W menjamin syurga
bagi orang seperti Amar
ini.