Pada suatu malam Sultan
Harun Al-Rashid
bersama-sama Al-Abas
mengunjungi seorang
ulamak Fudlail Iyadi di
rumahnya. Tiba di
hadapan rumahnya,
baginda mendapati
beliau sedang mengaji
Al-Quran, dan
kedengaran pada satu
ayat yang bermaksud
"Apakah orang yang
beriman sama dengan
orang yang derhaka?
mereka tidak sama".
Sultan Harun Al-Rashid
tunduk dan berkata
kepada Al-Abas,
"Andainya kita dapat
mengambil hikmah dari
ayat tadi, sungguh besar
manfaatnya buat kita".
Al-Abas mengangguk
seolah merasa tersindir,
bukan oleh ucapan sultan
tadi, tetapi disebabkan
bacaan oleh Fudlail
Iyadil. Ia memanggil
dengan suara yang amat
keras. "Hai Fudlail,
sultan datang untuk
bertemu kamu, keluarlah
engkau".
Ulamak yang warak itu
menjawab dari dalam,
"Apa sultan tidak tahu,
apa yang seharusnya
dilakukan oleh ulamak
pada saat saat seperti
sekarang, sehingga
sultan sanggup bertemu
di waktu malam?" Fudlail
tidak mahu keluar, ia
hanya membuka pintu,
lalu duduk kembali di
atas alas sembahyangnya
dan memadamkan
lampu. Didalam suasana
gelap Fudlail tersentuh
tangan sultan dan
berkata "Alangkah
halusnya tangan sultan di
dalam gelap". Sultan
terasa tersindir, ia sedar
memang selama ini
kelembutannya seakan-
akan hanya nampak di
tempat gelap sahaja,
pada saat orang lain
tidak melihat apa-apa
yang sebenarnya sering
di lakukan di luar
pengetahuan rakyatnya.
Ia gementar apalagi
ketika Fudlail
melanjutkan
ucapannya."Sayang
tangan sehalus ini belum
tentu selamat dari api
neraka". Fudlail
melanjutkan ucapannya
tanpa prasaan takut.
"Hai raja, hendaklah
engkau bersiap-siap
apabila tiba masanya
diminta
dipertanggungjawabkan
di hadapan Allah
berserta rakyat yang kau
pimpin. Bukankah
Rasulullah pernah
bersabda bahawa
diantara mereka yang
paling keras ditanya
dalam pengadilan Allah
adalah penguasa yang
mengambil hanknya dari
rakyat, tetapi dirinya
tidak memberi manfaat
kepada rakyat dan tidak
sanggup melindungi
mereka dari kezaliman
atau aniaya iaitu raja
yang dipatui oleh rakyat
namun tidak
memperlakukan sama
antara yang kuat dengan
yang lemah, tidak
berlaku adil antara yang
besar dengan yang kecil,
serta kalau bercakap
semahun-mahunya
sendiri, hanya
berdasarkan hawa nafsu
belaka".
Mendengar perkataan
Fudlail itu raja menangis
tersedu-sedu, menyedari
besarnya amanat yang
harus di pikulnya dan
alangkah dahsyatnya
petaka yang akan
menimpanya seandainya
ia tidak dapat
menunaikan kewajipan
secara adil. Setelah
melihat sultan bersedih
hati, Al-Abas menegur
dengan marahnya "Hai
Fudlail, hentikan
celotehmu! adakah
engkau akan membunuh
raja?". Lantas sultan
berkata "Wahai guru
yang baik terimalah
hadiah dari saya
sebanyak seribu dinar
yang dibawa oleh Al-Abas
ini".
Cepat Fudlail memotong,
"Tidak saya tidak mahu
menerima hadiahmu
kerana saya tahu wang
tersebut bukan benar-
benar milikmu,
kembalikanlah seribu
dinar itu kepada orang-
orang yang telah engkau
ambil darinya". Raja pun
berdiri dengan perasaan
kecewa, tetapi telah
memperolehi peringatan
yang berguna, Harun Al-
Rashid lalu keluar
meninggalkan Fudlail
yang berapa lama
kemudian telah kembali
membaca Al-Quran dan
melakukan mutalaah
sehingga jauh malam.