Balasan Kerana Derhaka
Kepada Suami
Saban malam, seorang
ibu dari keturunan Bani
Israil berendam air mata.
Hatinya dibalut rasa pilu
setiap kali menatap
anaknya yang menderita
disebabkan penyakit
misteri. Selain berdoa
siang dan malam, si ibu
berusaha mengubati
anaknya itu. Namun
tiada tanda penyakitnya
akan sembuh, sebaliknya
bertambah teruk.
Satu malam, selepas
memberikan anaknya
ubat, dengan linangan
air mata, si ibu berdoa
ke hadrat Allah, sekali
gus bernazar jika
penyakit anaknya
sembuh. Dengan
kehendak Allah, tidak
berapa lama kemudian,
si anak yang sekian lama
terlantar perlahan-lahan
sebuh. Selera makannya
bertambah dan dalam
waktu terdekat, dia
kembali pulih.
Sekali lagi dengan
iringan air mata, si ibu
tak henti-henti
meluahkan rasa syukur
kepada Allah.
Sesungguhnya dia
merasa cukup terharu
selepas doanya
dimakbulkan. Sambil
tersenyum dia
mengusapkan rambut
anak lelakinya itu
dengan penuh kasih
sayang. Lantaran
terlampau gembira, ibu
tadi terlupa menunaikan
nazar yang dilafazkan
ketika berdoa. Hinggalah
pada suatu malam, dia
bermimpi dikunjungi
seorang lelaki tua yang
tidak dikenalinya.
Lelaki itu berkata
kepadanya dalam nada
marah, "Hai perempuan!
Tunaikanlah nazarmu
agar kelak engkau tidak
ditimpa musibah
daripada Allah." Sejurus
kemudian lelaki tersebut
lenyap dan si ibu
tersentak daripada
tidurnya. Beberapa kali
dia beristighfar sambil
mengurut dadanya yang
berdebar kencang.
Digosok-gosok kelopak
matanya, kemudian dia
termenung memikirkan
mimpi itu. Perasaan
takut telah menerjah-
nerjah nalurinya.
Keesokan malamnya, si
ibu memanggil anaknya.
Lalu diceritakan perintah
lelaki tua dalam
mimpinya serta nazar
yang belum ditunaikan.
"Nazar apa?" tanya si
anak. "Begini... semasa
kamu sakit tempoh hari,
mak bernazar sekiranya
kau sembuh, mak
berjanji untuk keluar
dari dunia ini selama
tujuh hari. Doa mak
dimakbulkan tapi hingga
ke hari ini nazarnya
belum dapat ditunaikan,"
jelas si ibu. "Apa yang
mesti kita lakukan?"
tanya si anak selepas
agak lama termenung.
"Apa lagi galikan sebuah
lubang kubur untuk
mak!" perintah si ibu.
"Gali kubur? Tapi..
bukankah kubur hanya
untuk orang mati?". Soal
si anak penuh
kehairanan. "Dah, jangan
banyak tanya. Gali
kubur, kemudian
timbuskan mak. Selepas
tujuh hari, kau galilah
semula. Insya Allah mak
akan selamat," ujar si ibu
selamba.
Dalam keadaan terpinga-
pinga, si anak akur
dengan perintah ibunya.
Lalu dia segera
mengambil cangkul,
melakukan apa yang
disuruh. Setelah selesai si
anak membaringkan
tubuh ibunya dalam liang
lahad. Dengan linangan
air mata, si ibu menadah
tangan lalu berdoa: "Ya
Allah, Engkau telah
memenuhi permintaan
dan doaku. Sekarang aku
akan tunaikan nazarku.
Peliharalah aku daripada
kebinasaan alam kubur
ini, ya Allah dan
selamatkanlah anakku."
Dalam keadaan serba
salah si anak meletakkan
papan keranda dan
menyodok tanah untuk
mengambus lubang
kukur itu. Dia kemudian
berjalan pulang sambil
air matanya tak henti-
henti mengalir.
"Mungkin ibuku sedang
meronta-ronta
kelemasan sebelum
menghembuskan nafas
terakhir," bisik si anak
mengenangkan nasib
sibunya. Si anak mengira
hari dan dirasakannya
waktu terlalu lambat
bergerak. Namun sesaat
pun si anak tidak lupa
meohon agar Allah
sentiasa memelihara
ibunya.
Didalam kubur, si ibu
merasakan lubang
kuburnya semakin hari
semakin luan. Beberapa
ketika kemudian, dia
terpandang imbasan
cahaya disebelah kanan
kepalanya. Lalu dia
menoleh. Didapati ada
suatu lubang kecil di
sebelahnya yang amat
terang. Apabila di
intainya ternampaklah
sebuah taman yang
penuh dengan bunga-
bungaan yang amat
indah. Belum pernah dia
melihat taman seindah
itu seumur hidupnya.
Si ibu tambah tersentak
apabila ternampak dua
wanita sedang duduk di
tepi sebuah kolam yang
jernih airnya. Seorang
berwajah sugul
sementara yang seorang
lagi begitu ceria.
Menyedari kehadirannya,
wanita berwajah ceria
bersuara: "Wahai
perempuan, silakan
masuk dan duduklah
bersama kami"
pelawanya penuh sopan.
Sejurus itu lubang kecil
di kubur si ibu perlahan-
lahan membesar
sehingga
memudahkannya
berjalan masuk ke taman
tersebut. Dihampirinya
kedua-dua wanita itu.
Tiba-tiba muncul seekor
burung, lalu melebarkan
sayapnya ke atas kepala
wanita ceria itu. Tidak
berapa lama kemudian,
seekor lagi datang
mematuk- matuk kepala
wanita berwajah muram
itu.
Kejadian itu
memeranjatkan si ibu.
Dia bertanya kepada
perempuan yang
dipayungi burung itu.
"Bagaimana kamu
memperolehi kemulian
ini?" tanyanya lagi.
"Semasa di dunia, aku
mentaati suamiku.
Semasa aku kembali
menemui Tuhan, dia
redha kepadaku
sehingga kini. Maka
Allah muliakan aku
seperti mana kamu
lihat." Setelah itu, si ibu
tadi bertanya pula
kepada wanita yang
melolong-lolong setiap
kali burung mematuk
kepalanya. "Semasa di
dunia," jawabnya
tersekat-sekat, "aku
perempuan yang soleh,
tidak pernah aku
melanggar perintah
Allah, tetapi aku sering
kali derhaka kepada
suamiku." Apabila aku
meninggal, dia berada
dalam keadaan tidak
redha kepadaku... maka
itulah Allah jadikan
kubur ini tempat
penyiksaan. "Jika kamu
kembali ke dunia nanti,
ceritakan kepada
suamiku, yang aku
memohon ampun dan
maaf." "Insya Allah,"
jawab si ibu tadi
perlahan, menahan hiba.
Tujuh hari
kemudian,setelah tinggal
bersama-sama dua orang
wanita tersebut, si ibu
masuk semula ke
kuburnya. Sedar-sedar
anak lelaki ibu tadi
sudah berada di sisinya.
Kedua-dua anak beranak
itu berpelukan dengan
air mata berjejeran
kerana tidak menyangka
dapat berjumpa semula.
Sebaik si anak membawa
ibunya pulang, hebohlah
ke seluluh kampung
bahawa si ibu telah
kembali semula selepas
seminggu dikebumikan.
Berduyun-duyunlah orang
menziarahi perempuan
tersebut, bertanyakan
pengalamannya selama
tujuh hari berada dalam
kubur. Di antara yang
hadir itu termasuklah
suami perempuan kedua
yang ditemui si ibu tadi
semasa di alam kubur.
Sebaik mendengar
pengalamannya, lelaki
itu pun bersuara. "Dialah
arwah isteri saya" kata
lelaki itu sayu. "Malang
sekali, sekarang dia
sedang diseksa kerana
derhaka kepada kamu
Ampunilah dia agar
arwah dapat ketenangan
di sana," jelas ibu itu.
"Baiklah... aku ampunkan
segala dosanya
terhadapku dan aku
redha dengan
pemergiannya," sambung
lelaki itu lagi.
Aneh, malam itu si ibu
bermimpi didatangi
perempuan yang dipatuk
burung. "Bagaimana
keadaan kamu
sekarang?" tanya si ibu
itu. "Alhamdulillah, aku
selamat daripada
seksaan kerana
pertolonganmu
menyampaikan pesan
agar suamiku
memaafkan dosaku.
Semoga Allah membalas
kebaikanmu dan
mengampunkan engkau,"
ujar wanita itu terharu.
Si ibu terjaga lantas
beristighfar beberapa
kali.
Mestika November 2000
(karangan asal daripada
kitab Imam Ghazali)