Kisah ini diceritakan oleh
Abu Abdullah Al-Jauhari
r.a. Kisah ini berlaku
pada musim haji pada
satu tahun iaitu ketika
para jemaah haji sedang
berkumpul di padang
Arafah.Ketika para
jemaah haji sedang
bersiap sedia untuk ke
Muzdalifah pada ketika
itu hari sudah mulai
malam. Semasa Abu
Abdullah sedang berehat,
tiba-tiba dia terlena.
Pada masa itu dia
bermimpi dua malaikat
turun ke bumi dan salah
satu daripada malaikat
itu berkata "Berapa
ramaikan jemaah haji
pada tahun ini" Jawab
malaikat satu lagi "Enam
ratus ribu" Malaikat
pertama berkata "Enam
ratus ribu?, tetapi
sayang hanya enam
orang sahaja yang
diterima oleh Allah
kerana telah mendapat
haji mabrur" Mendengar
kata-kata malaikat
tersebut Abu Abdullah
menampar-nampar muka
kerana khuatir bahawa
dia tidak termasuk
dalam kumpulan enam
orang itu.
Malailat pertama
berkata "Apa yang
terjadi dengan yang
selebihnya" Malaikat
kedua berkata bahawa
Allah Maha Pengasih dan
sudah pasti tidak mensia-
siakan mereka" Malaikat
pertama berkata bahawa
Allah telah menerima
mereka disebabkan
enam orang telah
mendapat haji mabrur,
setiap seorang boleh
mengampun satu ratus
ribu orang" sambut
malaikat kedua "Ini
bermakna enam orang
boleh mengampunkan
seramai enam ratus
ribu".
Abu Abdullah merasa
lega mendengar
penjelasan malaikat itu
dan kini fahamlah dia
bahawa dia telah
termasuk dalam
kumpulan ramai yang
telah diterima haji
mereka disebabkan
enam orang yang telah
mendapat haji mabrur.