Ada seorang perempuan
tua yang taat beragama,
tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak
mahu mengerjakan
kewajipan agama dan
tidak mahu berbuat
kebaikan.
Perempuan itu sentiasa
membaca Bismillah
setiap kali hendak
bercakap dan setiap kali
hendak memulakan
sesuatu sentiasa
didahului dengan
Bismillah. Suaminya tidak
suka dengan sikap
isterinya dan sentiasa
memperolok-olokkan
isterinya.
Suaminya berkata sambil
mengejak, "Asyik
Bismillah, Bismillah.
Sekejap-sekejap
Bismillah."
Isterinya tidak berkata
apa-apa sebaliknya dia
berdoa kepada Allah
S.W.T. supaya
memberikan hidayah
kepada suaminya. Suatu
hari suaminya berkata :
"Suatu hari nanti akan
aku buat kamu kecewa
dengan bacaan-
bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu
yang memeranjatkan
isterinya, dia
memberikan wang yang
banyak kepada isterinya
dengan berkata, "Simpan
duit ini." Isterinya
mengambil duit itu dan
menyimpan di tempat
yang selamat, di samping
itu suaminya telah
melihat tempat yang
disimpan oleh isterinya.
Kemudian dengan
senyap-senyap suaminya
itu mengambil duit
tersebut dan
mencampakkan beg duit
ke dalam perigi di
belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari
kemudian suaminya itu
memanggil isterinya dan
berkata, "Berikan
padaku wang yang aku
berikan kepada engkau
dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi
ke tempat dia
menyimpan duit itu dan
diikuti oleh suaminya
dengan berhati-hati dia
menghampiri tempat dia
menyimpan duit itu dia
membuka dengan
membaca,
"Bismillahirrahmanirrahii
m." Ketika itu Allah
S.W.T. menghantar
malaikat Jibrail A.S.
untuk mengembalikan
beg duit dan
menyerahkan duit itu
kepada suaminya
kembali.
Alangkah terperanjat
suaminya, dia berasa
bersalah dan mengaku
segala perbuatannya
kepada isterinya, ketika
itu juga dia bertaubat
dan mula mengerjakan
perintah Allah, dan dia
juga membaca Bismillah
apabila dia hendak
memulakan sesuatu
kerja.