Pada suatu hari, Omar
Al-Khatab sedang
bersiar-siar di lorong-
lorong dalam kota
Madinah. Di hujung
simpang jalan beliau
terserempak dengan
pemuda yang membawa
kendi. Pemuda itu
menyembunyikan kendi
itu di dalam kain sarung
yang diselimutkan di
belakangnya. Timbul
syak di hati Omar AL-
Khatab apabila terlihat
keadaan itu, lantas
bertanya, "Apa yang
engkau bawa itu?"
Kerana panik sebab
takut dimarahi Omar
yang terkenal dengan
ketegasan, pemuda itu
menjawab dengan
terketar-ketar iaitu
benda yang dibawanya
ialah madu. Walhal
benda itu ialah khamar
(arak). Dalam
keadaannya yang
bercakap bohong itu
pemuda tadi sebenarnya
ingin berhenti dari terus
minum arak. Dia
sesungguhnya telah
menyesal dan insaf dan
menyesal melakukan
perbuatan yang ditegah
oleh agam itu. Dalam
penyesalan itu dia
berdoa kepada Tuhan
supaya Omar Al-Khatab
tidak sampai memeriksa
isi kendinya yang ditegah
oleh agama itu.
Pemuda itu masih
menunggu sebarang
kata-kata Khalifah,
"Kendi ini berisikan
madu." Kerana tidak
percaya, Khalifah Omar
ingin melihat sendiri isi
kendi itu. Rupanya doa
pemuda itu telah
dimakbulkan oleh Allah
seketika itu juga telah
menukarkan isi kendi itu
kepada madu. Begitu dia
berniat untuk bertaubat,
dan Tuhan memberikan
hidayah, sehingga
niatnya yang ikhlas, ia
terhindar dari
pergolakan Khalifah
Omar Al-Khatab, yang
mungkin membahayakan
pada dirinya sendiri
kalau kendi itu masih
berisi khamar.
Allah Taala berfirman, "
Seteguk khamar diminum
maka tidak diterima
Allah amal fardhu dan
sunatnya selama tiga
hari. Dan sesiapa yang
minum khamar segelas,
maka Allah Taala tidak
menerima solatnya
selama empat puluh hari.
Dan orang yang tetap
minum khamar, maka
selayaknya Allah
memberinya dari 'Nahrul
Khabal' . Ketika ditanya,
"Ya Rasulullah, apakah
Nahrul Khabal itu ?"
Jawab Rasulullah, "Darah
bercampur nanah orang
ahli neraka ! "