Nabi Zakaria, ayahnya
Nabi Yahya sedar dan
mengetahui bahawa
anggota-anggota
keluarganya, saudara-
saudaranya, sepupu-
sepupunya dan anak-
anak saudaranya adalah
orang-orang jahat Bani
Israil yang tidak segan-
segan melanggar hukum-
hukum agama dan
berbuat maksiat,
disebabkan iman dan
rasa keagamaan mereka
belum meresap betul
didalam hati mereka,
sehingga dengan mudah
mereka tergoda dan
terjerumus ke dalam
lembah kemungkaran
dan kemaksiatan. Ia
khuatir bila ajalnya tiba
dan meninggalkan
mereka tanpa seorang
waris yang dapat
melanjutkan
pimpinannya atas
kaumnya, bahawa
mereka akan makin
rusak dan makin berani
melakukan kejahatan
dan kemaksiatan bahkan
ada kemungkinan
mereka mengadakan
perubahan-perubahan di
dalam kitab suci Taurat
dan menyalah-gunakan
hukum-hukum agama.
Kekhuatiran itu selalu
mengganggu fikiran
Zakaria disamping rasa
sedih hatinya bahawa ia
sejak kahwin hingga
mencapai usia sembilan
puluh tahun, Tuhan
belum mengurniakannya
dengan seorang anak
yang ia idam-idamkan
untuk menjadi
penggantinya memimpin
dan mengimami Bani
Isra'il. Ia agak terhibur
dari rasa sedih dan
kekhuatirannya semasa
ia bertugas memelihara
dan mengawasi Maryam
yang dapat dianggap
sebagai anak
kandungnya sendiri.
Akan tetapi rasa
sedihnya dan
keinginanya yang kuat
untuk memperolhi
keturunan tergugah
kembali ketika ia
menyaksikan mukjizat
hidangan makanan
dimihrabnya Maryam. Ia
berfikir didalam hatinya
bahawa tiada sesuatu
yang mustahil di dalam
kekuasaan Allah. Allah
yang telah memberi
rezeki kepada Maryam
dalam keadaan seorang
diri tidak berdaya dan
berusaha, Dia pula
berkuasa memberinya
keturunan bila Dia
kehendaki walaupun
usianya sudah lanjut dan
rambutnya sudah penuh
uban.
Pada suatu malam yang
sudah larut duduklah
Zakaria di mihramnya
menghiningkan cipta
memusatkan fikiran
kepada kebesaran Allah
seraya bermunajat dan
berdoa dengan khusyuk
dan keyakinan yang
bulat. Dengan suara yang
lemah lembut berucaplah
ia dalam doanya: "Ya
Tuhanku berikanlah aku
seorang putera yang
akan mewarisiku dan
mewarisi sebahagian dari
keluarga Ya'qub, yang
akan meneruskan
pimpinan dan
tuntunanku kepada Bani
Isra'il. Aku khuatir
bahawa sepeninggalanku
nanti anggota-anggota
keluargaku akan rusak
kembali aqidah dan
imannya bila aku
tinggalkan mati tanpa
seorang pemimpin yang
akan menggantikan aku.
Ya Tuhanku, tulangku
telah menjadi lemah dan
kepalaku telah dipenuhi
uban sedang isteriku
adalah seorang
perempuan yang mandul
namun kekuasaan-Mu
adalah diatas segala
kekuasaan dan aku tidak
jemu-jemunya berdoa
kepadamu memohon
rahmat-Mu mengurniai
kau seorang putera yang
soleh yang engkau
redhai."
Allah berfirman
memperkenankan
permohonan Zakaria:
"Hai Zakaria Kami
memberi khabar gembira
kepadamu, kamu akan
memperoleh seorang
putera bernama Yahya
yang soleh yang
membenarkan kitab-
kitab Allah menjadi
pemimpin yang diikuti
bertahan diri dari hawa
nafsu dan godaan syaitan
serta akan menjadi
seorang nabi."
Berkata Zakaria: "Ya
Tuhanku bagaimana aku
akan memperolehi anak
sedangkan isteri adalah
seorang perempuan yang
mandul dan aku sendiri
sudah lanjut usianya."
Allah menjawab dengan
firman-Nya: "Demikian
itu adalah suatu hal yang
mudah bagi-Ku. Tidakkah
aku telah ciptakan
engkau padahal engkau
di waktu itu belum ada
sama sekali?"
Berkata Zakaria: "Ya
Tuhanku, berilah aku
akan suatu tanda
bahawa isteri aku telah
mengandung." Allah
berfirman: "Tandanya
bagimu bahawa engkau
tidak dapat berkata-kata
dengan manusia selama
tiga hari berturut-turut
kecuali dengan isyarat.
Dan sebutlah nama-Ku
sebanyak-banyaknya
serta bertasbihlah
diwaktu petang dan pagi
hari."
Nabi Yahya bin Zakaria
a.s. tidak banyak
dikisahkan oleh Al-Quran
kecuali bahawa ia diberi
ilmu dan hikmah selagi ia
masih kanak-kanak dan
bahawa ia seorang
putera yang berbakti
kepada kedua ora ng
tuanya dan bukanlah
orang yang sombong
durhaka. Ia terkenal
cerdik pandai, berfikiran
tajam sejak ia berusia
muda, sangat tekun
beribadah yang
dilakukan siang dan
malam sehingga
berpengaruh kepada
kesihatan badannya dan
menjadikannya kurus
kering, wajahnya pucat
dan matanya cekung.
Ia dikenal oleh kaumnya
sebagai orang alim
menguasai soal-soal
keagamaan, hafal kitab
Taurat, sehingga ia
menjadi tempat bertanya
tentang hukum-hukum
agama. Ia memiliki
keberanian dalam
mengambil sesuatu
keputusan, tidak takut
dicerca orang dan tidak
pula menghiraukan
ancaman pihak penguasa
dalam usahanya
menegakkan kebenaran
dan melawan kebathilan.
Ia selalu menganjurkan
orang-orang yang telah
berdosa agar bertaubat
dari dosanya. Dan
sebagai tanda taubatnya
mereka dipermandikan
{ dibaptiskan } di sungai
Jordan, kebiasaan mana
hingga kini berlaku di
kalangan orang-orang
Kristian dan kerana Nabi
Yahya adalah orang
pertama yang
mengadakan upacara itu,
maka ia dijuluki "Yahya
Pembaptis".
Dikisahkan bahawa
Hirodus Penguasa
Palestin pada waktu itu
mencintai anak
saudaranya sendiri
bernama Hirodia,
seorang gadis yang
cantik, ayu, bertubuh
lampai dan ramping dan
berhasrat ingin
mengahwininya. Sang
gadis berserta ibunya
dan seluruh anggota
keluarga menyentujui
rencan perkahwinan itu,
namun Nabi Yahya
menentangnya dan
mengeluarkan fakwa
bahawa perkahwinan itu
tidak boleh dilaksanakan
kerana bertentangan
dengan syariat Musa
yang mengharamkan
seorang mengahwini
anak saudaranya sendiri.
Berita rencana
perkahwinan Hirodus dan
Hirodia serta fatwa Nabi
Yahya yang melarangnya
tersiar di seluruh pelosok
kota dan menjadi
pembicaraan orang di
segala tempat di mana
orang berkumpul.
Herodia si gadis cantik
calon isteri itu merasa
sedih bercampur marah
terhadap Nabi Yahya
yang telah mengeluarkan
fatwa mengharamkan
perkahwinannya dengan
bapa saudaranya sendiri,
fatwa mana telah
membawa reaksi dan
pendapat dikalangan
masyarakat yang luas. Ia
khuatir bahawa bapa
saudaranya Herodus
calon suami dapat
terpengaruh oleh fatwa
Nabi Yahya itu dan
terpaksa membatalkan
perkahwinan yang sudah
dinanti-nanti dan diidam-
idamkan, bahkan bahkan
sudah menyiapkan segala
sesuatu berupa pakaian
mahupun peralatan yang
perlu untuk pesta
perkahwinan yang telah
disepakati itu.
Menghadapi fatwa Nabi
Yahya dan reaksi
masyarakat itu, Herodia
tidak tinggal diam. Ia
berusaha dengan
bersenjatakan
kecantikkan dan
parasnya yang ayu itu
mempengaruhi bapa
saudaranya calon
suaminya agar rencana
perkahwinan
dilaksanakan menurut
rencana. Dengan merias
diri dan berpakaian yang
merangsang, ia pergi
mengunjungi bapa
saudaranya Herodus
yang sedang dilanda
mabuk asmara. Bertanya
Herodus kepada anak
saudaranya calon
isterinya yang nampak
lebih cantik daripada
biasa : "Hai manisku,
apakah yang dapat aku
berbuat untukmu.
Katakanlah aku akan
patuhi segala
permintaanmu,
kedatanganmu kemari
pada saat ini tentu
didorong oleh sesuatu
hajat yang mendesak
yang ingin engkau
sampaikan kepadaku.
Sampaikanlah kepadaku
tanpa ragu-ragu, hai
sayangku, aku sedia
melayani segala
keperluan dan
keinginanmu."
Herodia menjawab: "Bila
Tuan Raja berkenan,
maka aku hanya
mempunyai satu
permintaan yang
mendorongku datang
mengunjungi Tuanku
pada saat ini.
Permintaanku yang
tunggal itu ialah kepala
Yahya bin Zakaria orang
yang telah mengacau
rencana kita dan
mencemarkan nama baik
Tuan Raja dan namaku
sekeluarga di segala
tempat dan penjuru.
Supaya dia dipenggal
kepalanya. Alangkah
puasnya hatiku dan
besarnya terima kasihku,
bila Tuanku berkenan
meluluskan
permintaanku ini".
Herodus yang sudah
tergila-gila dan tertawan
hatinya oleh kecantikan
dan keelokan Herodia
tidak berkulik
menghadapi permintaan
calon isterinya itu dan
tidak dapat berbuat
selain tunduk kepada
kehendaknya dengan
mengabaikan suara hati
nuraninya dan panggilan
akal sihatnya.
Demikianlah maka tiada
berapa lama dibawalah
kepala Yahya bin Zakaria
berlumuran darah dan
diletakkannya di depan
kesayangannya Herodia
yang tersenyum tanda
gembira dan puas hati
bahawa hasratnya
membalas dendam
terhadap Yahya telah
terpenuhi dan rintangan
utama yang akan
menghalangi rencana
perkahwinannta telah
tersingkirkan, walaupun
perbuatannya itu
menurunkan laknat
Tuhan atas dirinya, diri
rajanya dan Bani Isra'il
seluruhnya.
Cerita tentang Zakaria
dan Yahya terurai di atas
dikisahkan oleh Al-
Quran, surah Maryam
ayat 2 sehingga ayat 15,
surah Ali Imran ayat 38
senhingga ayat 41 dan
surah Al-Anbiya' ayat 89
sehingga ayat 90.