Dari Abu Hurairah ra
berkata bahawa
Rasulullah SAW telah
bersabda: "Allah
Tabaraka wa Taala
mempunyai para
malaikat yang
ditugaskan mencari
majlis zikir,
sebaik saja mereka
menjumpai majlis zikir,
maka mereka akan
duduk bersama orang-
orang
yang sedang berzikir
serta memanggil
malaikat-malaikat yang
lain. Mereka akan
datang berkerumun
mengelilingi orang-orang
yang sedang berzikir itu
dengan sayap-sayap
mereka sehingga
memenuhi ruang antara
mereka dengan langit
dunia.
Apabila majlis berzikir itu
tamat, maka para
malaikat akan naik
kembali ke
langit. Lalu Allah SWT
bertanya mereka:
"Wahai para malaikatKu,
dari manakah
kamu semua?" Berkata
para Malaikat: "Ya
Tuhan kami, kami baru
saja pulang dari
memeriksa hamba-
hambaMu di bumi,
mereka bertasbih,
takbir, talil dan tahmid
serta memohon
kepadaMu." Sebenarnya
Allah SWT lebih
mengetahui tentang
perbuatan
mereka dan semua
makhluk ciptaannya.
Setelah Allah SWT
mendengar kata-kata
para
malaikatNya, maka Allah
SWT pun berfiman:
"Wahai para malaikatku,
apakah yang
mereka minta
kepadaKu?" Berkata
para malaikat: "Hamba-
hambamu itu memohon
syurga
dariMu." Allah SWT
bertanya lagi:
"Pemahkah mereka
melihat akan syurga
itu?"
Berkata para malaikat
lagi: "Mereka tidak
pernah melihat syurga
itu."
Berfiman Allah SWT:
"Hamba-hambaKu
memohon syurga padahal
mereka tidak
melihatnya dan apalagi
kalau mereka melihat
syurga itu." Berkata para
malaikat:
"Mereka juga memohon
kebebasan." Allah SWT
bertanya: "Mohon bebas
dari apa?"
Berkata para malaikat:
"HambaMu itu memohon
kepadaMu supaya
mereka itu
dibebaskan dari neraka
jahanam." Allah SWT
bertanya para malaikat
lagi: "Pernahkah
hamba-hambaKu
melihatkan nerakaKu
itu?" Berkata para
malaikat: "Tidak ya
Allah."
Allah SWT berfirman:
"Hamba-hambaKu itu
tidak pemah melihat
neraka jahanam, tapi
mereka memohon supaya
dibebaskan darinya,
apalagi kalau mereka
melihatnya."
Kemudian para malaikat
berkata lagi: "Ya Allah,
hambaMu itu memohon
ampun
kepadaMu," Allah SWT
berfiman: "Dengarlah
wahai para malaikatKu,
Aku mengampuni
mereka itu dan aku akan
memberi apa yang
mereka minta serta
membebaskan mereka
dari api neraka yang
mereka takut itu."
Berkata malaikat lagi:
"Ya Allah, di
antara mereka itu
terdapat seorang hamba
yang penuh dengan dosa,
dia melalui
majlis itu lalu duduk
bersama mereka yang
sedang berzikir." Allah
SWT berkata: "Orang
itu pun Ku ampuni,
begitu juga dengan
setiap orang yang
terlibat dalam majlis
zikir itu, tidak ada yang
celaka."