Jibril & 12,000 Malaikat
menemui Rasulullah di
Bukit Qubais
Bagi tiap-tiap seorang
ada malaikat penjaganya
silih berganti dari
hadapannya
dan dari belakangnya,
yang mengawas dan
menjaganya (dari
sesuatu bahaya) dengan
perintah Allah.
Sesungguhnya Allah tidak
mengubah apa yang ada
pada sesuatu kaum
sehingga mereka
mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri.
Dan apabila
Allah menghendaki untuk
menimpakan kepada
sesuatu kaum bala
bencana (disebabkan
kesalahan mereka
sendiri), maka tiada
sesiapapun yang dapat
menolak atau menahan
apa yang ditetapkanNya
itu, dan tidak ada
sesiapapun yang dapat
menolong dan
melindungi mereka
selain daripadaNya. (Ar-
R'ad 13:11)
Pada zaman jahiliah di
antara beberapa orang
raja ada seorang raja
yang bernama
raja Habib lbnu Malik di
kota Syam. Orang-orang
arab menggelarnya
� Raihanah
Quraisyin.�
Ketika Raja Habib
bersama angkatan
tenteranya seramai
12,000 orang singgah di
Abthah, iaitu suatu
tempat dekat kota
Makkah maka datanglah
Abu Jahal beserta
pengikut pengikutnya
memberikan berbagai-
bagai hadiah kepada raja
Habib.
Setelah itu Abu Jahal
dipersilakan duduk di
sebelah kanan raja
Habib. Berkata
raja Habib: �Wahai Abu
Jahal katakan kepadaku
tentang Muhammad. �
Berkata Abu Jahal:
� Tuan, silalah tuan tanya
tentang Muhammad itu
dari Bani
Hasyim. �
Raja Habib pun bertanya
kepada Bani Hasyim:
� Wahai Bani Hasyim,
katakan pada
beta tentang Muhammad
itu. �
Berkata Bani Hasyim:
� Sebenarnya kami telah
mengenal Muhammad itu
sejak dia
kecil lagi, orangnya
sungguh amanah dan
setiap katanya benar; dia
tidak akan
berkata selain dari yang
benar. Apabila umur
Muhammad meningkat
pada 40 tahun
dia telah mula mencela
Tuhan kita dan dia
membawa agama baru
yang bukan
datangnya dari nenek
moyang kita. �
Sebaik sahaja raja Habib
mendengar penjelasan
dan Bani Hasyim maka
dia pun
berkata: �Bawa
Muhammad mengadap
dengan cara baik, kalau
Muhammad degil maka
gunakan kekerasan.
Setelah itu mereka pun
mengutus salah seorang
untuk menjemput
Muhammad SAW.
Setelah Rasulullah SAW
menerima pesanan raja,
baginda pun bersiap-siap
untuk
pergi, sementara itu Abu
Bakar ra dan Siti
Khadijah menangis
kerana takut
baginda dizalimi oleh
raja tersebut.
Rasulullah SAW berkata:
� Janganlah kamu berdua
menangis, serahkanlah
urusanku
ini kepada Allah SWT. �
Kemudian Ahu Bakar ra
pun mengaturkan
pakaian untuk RasuIulIah
SAW yang terdiri
dari baju berwarna
merah dan serban
berwarna hitam.
Setelah Rasulullah SAW
mengenakan pakaian
tersebut maka baginda
bersama Abu
Bakar ra dan Khadijah ra
pun pergi menghadap
raja Habib. Setelah
sampai di
hadapan raja, Abu Bakar
ra berdiri di sebelah
kanan Rasulullah SAW
sementara
Siti Khadijah berdiri di
belakang Rasulullah
SAW.
Apabila raja Habib
melihat baginda
Rasulullah SAW berdiri
dihadapannya maka raja
Habib pun bangun
memberi hormat
mempersilakan
Rasulullah SAW duduk di
sebuah
kerusi yang diperbuat
dari emas. Sementara itu
Siti Khadijah yang
merasa cemas
berdoa kepada Allah
SWT: �Ya Allah, tolonglah
Muhammad dan
mudahkanlah dia
menjawab sebarang
pertanyaan. �
Sewaktu baginda duduk
di hadapan raja Habib
maka keluarlah cahaya
memancar dari
wajah baginda dan
baginda duduk dengan
tenang tanpa rasa takut.
Raja Habib memulakan
pertanyaan: �Wahai
Muhammad, kamu pun
tahu bahawa setiap
Nabi itu ada mukjizatnya,
jadi apakah mukjizat
kamu itu? �
Bersabda Rasulullah
SAW: �Katakan apakah
yang kamu kehendaki?�
Berkata raja Habib: Aku
mahu matahari itu
terbenam dan bulan pula
hendaklah
turun ke bumi dan
kemudiannya bulan
hendaklah terbelah
menjadi dua, kemudian
masuk di bawah baju
kamu dan separuh keluar
melalui lengan baju
kamu yang kanan
dan sebelah lagi
hendaklah keluar melalui
lengan baju kamu yang
kiri. Setelah
itu bulan itu hendaklah
berkumpul menjadi satu
di atas kepala kamu dan
bersaksi
atasmu, kemudian bulan
itu hendaklah kembali ke
langit dan mengeluarkan
cahaya
yang hersinar dan
hendaklah bulan itu
tenggelam. Sesudah itu
hendaklah matahari
yang tenggelam muncul
semula dan berjalan ke
tempatnya seperti
mulanya. �
Setelah mendengar
begitu banyak yang raja
Habib kehendaki, maka
baginda
Rasulullah SAW pun
bersabda:
Apakah kamu akan
beriman kepadaku
setelah aku melakukan
segala apa yang kamu
kehendaki? �
Berkata raja Habib: �Ya,
aku akan beriman
kepadamu setelah kamu
dapat menyatakan
segala isi hatiku. �
Abu Jahal yang sedang
menyaksikan percakapan
itu segera melompat ke
hadapan
sambil berkata: �Wahai
tuanku, tuanku telah
mengatakan yang cukup
baik dan tepat. �
Rasulullah SAW pun
keluar lalu pergi
mendaki gunung Abi
Qubais, kemudian
baginda
mengerjakan solat dua
rakaat lalu berdoa
kepada Allah SWT.
Setelah berdoa maka
turunlah malaikat Jibril
as bersama dengan
12,000 malaikat dengan
memegang panah
di tangan mereka.
Malaikat Jibril as
berkata: �Assalamu
alaika yaa Rasulullah,
sesungguhnya Allah
telah bersalam
kepadamu dan
berfirman:
� Wahai kekasihku,
janganlah kamu takut
dan bersusah hati. Aku
akan sentiasa
bersamamu di mana
sahaja engkau berada
dan telah tetap dalam
pengetahuanKu dan
berjalan di dalam qada
kepastianKu di zaman
azali apa-apa yang
diminta oleh raja
Habib bin Malik pada
hari ini; pergilah kamu
kepada mereka dan
berikan hujjahmu
dengan tepat dan
jelaskan keadaanmu dan
keutusanmu. Ketahuilah
sesungguhnya
Allah SWT telah
menundukkan matahari,
bulan, malam dan siang.
Sesungguhnya raja
Habib itu mempunyai
seorang puteri yang
tidak mempunyai kedua
tangan, kedua kaki
dan tidak mempunyai
kedua mata. Dan
katakan kepadanya
bahawa Allah SWT telah
mengembalikan kedua
tangannya, kedua
kakinya dan kedua
matanya. �
Setelah itu Rasulullah
SAW pun turun dari
gunung Abi Qubais
dengan rasa tenang
dan rasa gembira.
Malaikat Jibril as di
angkasa dan para
malaikat berbaris lurus
dan Rasulullah SAW
berdiri di maqam
Ibrahim. Dan adalah saat
itu matahari
terbenam.
Matahari mulai seakan-
akan berlari cepat,
ertinya matahari cepat-
cepat terbenam
dan menjadi gelap gelita.
Kemudian bulan terbit
dengan terangnya,
setelah bulan
naik meninggi baginda
Rasulullah SAW
memberikan isyarat
dengan dua jari-jarinya
kepada bulan itu, dan
bulan seakan-akan
berlari turun ke bumi
dan berdiri di
hadapan baginda
Rasulullah SAW.
Kemudian bulan itu
bergerak-gerak seperti
awan
lalu bulan itu terbelah
menjadi 2 dan bulan itu
masuk di bawah baju
Rasulullah
SAW separuhnya keluar
melalui lengan sebelah
kanan baju baginda
sementara yang
sebelah lagi keluar
melalui lengan sebelah
kiri baju baginda.
Kemudian bulan
kembali bercantum
mengeluarkan cahaya
dengan terang lalu
berdiri di atas kepala
Rasulullah SAW dengan
berkata: �Saya bersaksi
bahawa sesungguhnya
tidak ada
Tuhan melainkan Allah
dan saya bersaksi
bahawa Muhammad itu
hamba Allah dan
RasulNya sesungguhnya
berbahagialah orang-
orang yang
membenarkan engkau
Muhammad
dan rugilah orang-orang
yang menyalahi engkau.�
Setelah bulan berkata
demikian maka bulan
pun kembali ke langit
menjadi terang
dan menghilangkan
dirinya. Sebaik sahaja
bulan menghilangkan
dirinya maka
matahari pun timbul
kembali. Oleh kerana
raja Habib telah
mengatakan bahawa
Rasulullah SAW mesti
memberitahu rasa
hatinya maka diapun
berkata: �Wahai
Muhammad, kamu masih
ada satu syarat lagi. �
Belum sempat Habib
hendak berkata maka
baginda Rasululah SAW
bersabda: �Sesungguhnya
kamu mempunyai
seorang puteri yang
tidak mempunyai dua
tangan, tidak mempunyai
dua kaki dan dia juga
tidak mempunyai dua
mata dan sesungguhnya
ketahuilah
olehmu Allah SWT telah
mengembalikan kedua
tangan, kedua kaki dan
kedua matanya. �
Sebaik sahaja raja Habib
mendengar dan meihat
segala galanya maka dia
pun
berkata: �Wahai ahli
Makkah, tidak ada kufur
sesudah iman dan tidak
ada keraguan
sesudah yakin, oleh itu
ketahuilah oleh kamu
sekelian bahawa
sesungguhnya aku
bersaksi, Tidak ada
Tuhan melainkan Allah
yang satu dan tidak ada
sekutu bagiNya,
dan saya bersaksi
bahawa sesungguhnya
Muhammad itu
hambaNya dan utusan-
Nya. �
Raja Habib dan semua
bala tenteranya masuk
Islam. Kemarahan Abu
Jahal meluap-luap
dan dia berkata: �Wahai
tuan raja, apakah tuan
percaya kepada ahli
syihir ini
sehingga syihir itu telah
mempersonakan tuan. �
Raja Habib tidak
menghiraukan kata-kata
Abu Jahal, sebaliknya
raja Habib kembali
ke negerinya Syam.
Apabila raja Habib masuk
ke dalam istananya dia
disambut oleh
anak perempuanya
dengan mengucap:
� Asyhadu alla ilaaha
illallah wa asyhadu anna
Muhammadan �abduhu
wa Rasuuluhu� (Saya
bersaksi bahawa
sesungguhnya tidak ada
Tuhan melainkan AlIah
dan saya bersaksi
bahawa Muhammad itu
adalah pesuruhNya
dan utusanNya).
Raja Habib tercengang
dengan kalimah yang
diucapkan oleh anaknya
maka dia pun
berkata: �Wahai anakku,
siapakah yang
mengajarkan kepada
kamu kalimah ini? �
Berkata anak raja Habib:
� Sebenarnya sewaktu
saya tidur, telah datang
seorang
lelaki lalu berkata
kepada saya:
� Sesunguhnya ayah kamu
telah masuk Islam, kalau
kamu mahu masuk Islam
maka aku kembalikan
segala anggota kamu
dengan baik. �
Setelah itu saya pun
tidur dan pagi ini diri
saya tidak ada yang
kurang seperti yang ayah
lihat sekarang �
Kemudian raja Habib
bersyukur sujud kepada
Allah SWT agar nikmat
iman dan
bertambahlah keyakinan.
Setelah itu raja Habib
mengumpulkan emas,
perak dan kain
lalu dinaikkan atas lima
ekor unta berserta
dengan beberapa orang
hamba
dikirimkan kepada
Rasulullah SAW.
Ketika rombongan yang
membawa segala hadiah
dari raja Habib itu
sampai dekat
kota Makkah, tiba-tiba
muncul Abu Jahal
bersama kuncu-kuncunya
lalu berkata: �Kamu
semua milik siapa?�
Berkata rombongan itu:
� Kami semua ini milik
raja Habib bin Ibnu Malik
dan kami
hendak pergi pada
Rasullulah SAW. �
Sebaik sahaja Abu Jahal
mendengar jawapan dari
rombongan itu maka dia
cuba
merampas semua
barang-barang yang
bawa oleh rombongan
itu, oleh kerana
rombongan
itu enggan menyerahkan
barang-barang tersebut
maka berlakulah
pergaduhan antara
kedua belah pihak.
Apabila berlaku
peperangan diantara
kedua belah pihak maka
berkumpullah penduduk
kota Makkah dan datang
bersama mereka
Rasulullah SAW.
Melihat akan
kedatangan orang ramai
maka berkata
rombongan diraja itu:
� Kesemua
barang yang kami bawa
ini adalah milik raja
Habib, dan raja Habib
berhajat untuk
rnenghadiahkan
kesemua barang ini
kepada Rasulullah SAW.�
Abu Jahal berkata: �Raja
Habib menghadiahkan
kesemua harang ini
kepada saya. �
Lalu Rasulullah SAW
bersabda: �Wahai
penduduk Makkah,
adakah kamu semua
suka
kalau aku mencadangkan
sesuatu? �
Berkata penduduk
Makkah: �Ya, kami
setuju.�
Bersabda Rasulullah
SAW: �Kita hendaklah
memutuskan percakapan
unta ini, untuk
siapakah sebenarnya
harta ini.
Berkata Abu Jahal: �Kita
tentukan perkara ini
esok pagi. �
Setelah mendapat
persetujuan dari
Rasulullah SAW untuk
ditunda pada esok hari
maka Abu Jahal pun balik
dan terus pergi kepada
berhala-berhala yang
disembahnya,
dia pun memberi
beberapa korban kepada
berhala-berhala mereka
dan memohon
pertolongan pada
berhala mereka sehingga
pagi.
Apabila waktu yang
dijanji telah tiba maka
ramailah penduduk kota
Makkah datang
untuk melihat keputusan
pengadilan. Rasulullah
SAW datang bersama
bapa saudara
baginda danAbu Jahal
bersama kuncu-
kuncunya. Sebaik sahaja
Abu Jahal sampai maka
dia pun terus
mengelilingi unta itu
dengan berkata:
�Berkatalah unta-unta
semua
atas nama Lata, Uzza dan
Manata. � Setelah Abu
Jahal berkata demikian
sekian lama
sehingga matahari telah
tinggi, namum unta-unta
itu tidak berkata apa-
apa.
Maka berkata penduduk
kota Makkah: �Wahai
Abu Jahal, cukuplah apa
yang kamu buat
itu, sekarang giliran
Muhamad pula untuk
melakukannya. �
Rasulullah SAW pun
menghampiri unta-unta
tersebut dengan
berkata: �Wahai unta
makhluk Allah, demi
ciptaan Allah berkatalah
kamu dengan kekuasaan
Allah. �
Setelah Rasulullah SAW
berkata demikian maka
bangunlah salah satu
dari lima ekor
unta lalu berkata:
� Wahai ahli kota
Makkah, kami semua ini
adalah hadiah raja
Habib bin Ibnu Malik
untuk dipersembahkan
kepada Rasulullah SAW. �
Sebaik sahaja unta itu
berkata demikian maka
RasulullahSAW pun
menarik unta-unta
tersebut berserta
dengan barang-barang
yang dibawanya ke
gunung Qubais,
kemudian
Rasulullah SAW
mengeluarkan semua
emas dan perak yang
ada di atas unta lalu
dikumpulkan sehingga
menjadi bukit lalu
berkata: �Wahai
emas dan perak,
hendaklah kamu semua
menjadi pasir. �
Kemudian dengan
sekejap sahaja kesemua
emas dan perak itu
menjadi bukit sehingga
sekarang.