Dalam sejarah tokoh
kekafiran yang paling
dahsyat adalah Firaun. Ia
bukan sahaja
tidak mengakui adanya
Tuhan malah ia
mengangkat dirinya
sebagai tuhan yang
berhak disembah
sehingga tergamak ia
menyatakan di hadapan
rakyat jelata, �Akulah
tuhan kamu yang maha
tinggi. �
Orang-orang kafir
seperti Raja Namrud,
Abu Jahal, Abu Lahab dan
beberapa orang
lagi yang terkenal dalam
sejarah, mereka tetap
mengakui adanya Tuhan.
Hanya
sahaja mereka tidak
mengakui tuhan mereka
adalah Allah Yang Maha
Esa.
Segala seruan Nabi Musa
dan Harun sedikitpun
tidak pernah ia hiraukan,
malah
pernah suatu ketika
Firaun naik ke puncak
sebuah bangunan yang
tinggi dan
melepaskan anak panah
ke langit. Kebetulan
anak panah itu jatuh di
hadapannya
dengan bersimbahan
darah, lalu ia isytiharkan
pada rakyat jelata
bahawa ia telah
membunuh Tuhan Nabi
Musa sedangkan darah
tersebut hanyalah darah
burung yang
Allah tetapkan mengenai
sasaran anak panahnya
supaya ia bertambah
kufur dengan
kesombongan dan
kekafirannya.
Seluruh rakyatnya
dipaksa untuk
menyembah dan sujud
padanya. Sesiapa yang
ingkar,
pasti dibunuhnya
sehingga seluruh
rakyatnya merasa takut
dan tidak mempunyai
pilihan kecuali
menyembahnya.
Walaupun seluruh rakyat
telah menyembahnya
sebagai tuhan, ada
seorang yang
paling dekat hubungan
dengan dirinya berani
mengingkarkan dirinya
sebagai tuhan
iaitu istennya sendiri,
Asiah.
Dialah satu-satunya
orang yang beriman
kepada Allah di istana
Firaun. Rahsia
keimanannya yang
disembunyikan selama ini
telah terbongkar
berpunca dari ucapan
perkataan �Allah� yang
terbit dan mulutnya
secara tidak sengaja.
Firaun berusaha
memujuk supaya ia
kembali kepada
kekafirannya. Ia berkata:
�Wahai
isteriku, tahukah engkau
akibat orang yang
mengingkari diriku
sebagai tuhan?
Sebelum engkau
menyesal, ubahlah
pendirianmu!�
JawabAsiah dengan
tegas: �Wahai Firaun,
pendirianku tidak akan
berubah walau
apapun yang akan
menimpa diriku dan
perlu engkau ingat
bahawa engkau dan aku
adalah sama-sama
manusia biasa. Tuhanmu
dan Tuhanku adalah
Allah. �
Firaun berusaha
memujuknya dengan
kata-kata lemah lembut
tetapi tetap tidak
berhasil, lalu digunakan
kekerasan. Kata Firaun:
�Hai Asiah, jika engkau
tidak
mahu mengubah
pendirianmu, pastilah
engkau akan aku
pancung! �
Jawab Asiah: �Wahai
Firaun, lakukanlah apa
yang engkau mahu tetapi
sedikitpun
engkau tidak akan dapat
menguasai pendirianku
dan dengarkanlah sekali
lagi aku
nyatakan bahawa
Tuhanmu dan Tuhanku
adalah Allah. �
Setelah usaha
mempengaruhinya
secara lemah lembut
mahupun secara keras
juga
tidak berhasil, lalu Firaun
membuat pengumuman
pada sekelian rakyatnya
bahawa
seorang perempuan akan
dipancung kepalanya
akibat keengganannya
untuk mengakui
Firaun sebagai tuhan
iaitu Asiah, isterinya
sendiri. Semoga hukuman
ini akan
menjadi pengajaran bagi
sesiapa yang ingkar akan
ketuhanan Firaun.
Pada masa yang telah
ditentukan,
berkumpullah sekalian
rakyat di suatu tempat di
mana Asiah diikat patda
sebatang pokok kurma.
Firaun masih tidak
berputus asa
dan cuba memujuknya.
Katanya: �Wahai Asiah,
ubahlah pendirianmu.
Engkau akan
kumaafkan. � Berulang
kali pula Asiah
menjawab: �Tidak,
janganlah engkau cuba
mempengaruhiku lagi.
Sia-sia
sahaja perbuatanmu. �
Lalu Asiah memohon
pada Allah sebagaimana
yang telah dijelaskan di
dalam Al-Quran
surah At-Tahrim ayat 11
yang bermaksud: �Dan
Allah mengemukakan
satu misal
perbandingan bagi
orang-orang yang
beriman iaitu perihal
isteri Firaun ketika ia
berkata: Tuhanku,
binalah untukku sebuah
istana di sisiMu dalam
syurga dan
selamatkanlah aku
daripada Firaun dan
perbuatannya serta
selamatkanlah aku
daripada kaum yang
zalim. �
Permohonan Asiah
diperkenankan oleh
Allah, lalu Allah
perintahkan pada
malaikat:
� Sesungguhnya hambaKu
memohon padaKu dan
Aku perkenankan
permohonannya. Maka
perlihatkanlah padanya
gambarannya kerana
suaminya yang di dunia
akan Aku ganti
dengan suami yang lebih
baik di dalam syurga,
istananya yang ada di
dunia akan
Aku ganti dengan istana
yang lebih baik di dalam
syurga. �
Maka malaikat pun
menunjukkan gambaran
keindahan syurga
sebagaimana
permohonan
Asiah. Pada ketika itu
Asiah tersenyum seolah-
olah ia mencabar
kematiannya.
Asiah menghadapi
kematian tidak dalam
keadaan bersedih, juga
tidak menangis
malah tersenyum.