FIRMAN Allah SWT:
� Dan bersama dengan
Yusuf masuk pula ke
dalam penjara dua orang
pemuda. �
(Yusuf: 36)
Dua orang yang masuk
ke dalam penjara
tersebut, adalah tukang
beri minum raja
dan tukang masak raja.
Sedangkan ketika itu
yang menjadi raja iaitu
� Royyaan.�
Sebab dimasukkan kedua
orang pemuda ke dalam
penjara adalah kerana
kedua pemuda
tersebut telah menerima
rasuah daripada raja
Rom dengan tugas
memberi racun
dalam makanan dan
minuman raja Royyaan.
Tukang masak menerima
rasuah tersebut.
Sementara itu tukang
memberi air raja
menolak tawaran raja
Rom, dan melaporkan
kepada raja tentang
pengkhianatan yang
dilakukan oleh tukang
masak. Namun tukang
memberi air juga
dimasukkan ke dalam
penjara bersama dengan
tukang masak tadi.
Mereka berada di
penjara lebih kurang
selama tiga hari. Di
dalam penjara, mereka
berdua melihat Nabi
Yusuf as suka membuat
penilaian tentang mimpi.
Untuk mencuba
kebenaran tafsiran atau
penilaian Yusuf as
mereka mengatakan
seakan akan mereka
bermimpi, padahal
sesungguhnya mereka
hanya berbohong.
Sebahagian ulamak
mengatakan bahawa
tukang memberi minum
raja memang betul-betul
bermimpi sedangkan
tukang masak tidak
bermimpi sama sekali.
Tukang memberi minum
raja berkata: �Aku
bermimpi seakan-akan
melihat ada tiga buah
bekas atau mangkuk
dari emas, aku memerah
anggur dan memasukkan
ke dalam bekas itu. Lalu
aku buat
khamar dan aku berikan
kepada raja Royyaan.
Tukang masak raja
berkata pula: �Aku
bermimpi seakan akan
diriku sedang memikul
satu bakul roti di atas
kepalaku, dan burung-
burung memakan roti
tersebut. �
Kemudian Nabi Yusuf as
meramal mimpi
keduanya. Beliau
berkata: �Wahai kedua
temanku, adapun salah
seorang di antara kamu
akan memberikan
minuman untuk
tuannya dengan khamar,
adapun yang seorang lagi
ia akan di salib.�
Setelah Nabi Yusuf as
selesai meramalkan
mimpi mereka, berkata
salah seorang di
antara mereka:
� Sesungguhnya saya
tidak bermimpi.� Maka
Nabi Yusuf menjawab:
� Telahku
ramal mimpimu dan
bahkan telah ditetapkan
oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT
maksudnya:
� Telah diputuskan
perkara yang kamu
berdua menanyakannya
kepadaku. �
(Yusuf: 41)
Tidak beberapa lama
setelah itu, maka
pegawai-pegawai raja
membawa tukang masak
tersebut, kemudian
mereka salib. Setelah
tukang masak tersebut
disalib, maka
tinggallah tukang
memberi minum raja di
penjara selama tiga hari.
Kemudian
datang utusan raja
membawanya keluar dari
dalam penjara, dia diberi
pakaian
indah, lalu dibawa
kepada raja dengan
segala kehormatan.
Ketika tukang memberi
minum raja tersebut
keluar, Nabi Yusuf
sempat berkata:
�Jelaskanlah
keadaanku ini kepada
tuanmu. � KetikaYusuf
berkata demikian, maka
gunung-ganang
pun bergoncang dan
turunlah Jibril as serta
berkata:
� Wahai Yusuf
sesungguhnya Allah SWT
bertanya kepadamu:
Siapakah yang
menjadikan
rasa cinta di dalam hati
Ya �kub terhadapmu?
Yusuf menjawab;
� Tuhanku�. Jibril
bertanya: Siapakah yang
menyelamatkan dirimu
dari tipu daya saudara-
saudaramu?
Yusuf menjawab;
Tuhanku. Siapakah yang
telah memeliharamu di
dalam perigi? Yusuf
menjawab; Tuhanku.
Siapakah yang
menjadikan rasa suka
Zulaikha terhadapmu?
Yusuf
menjawab; Tuhanku.
Kemudian Jibril bertanya:
Siapa pula yang telah
menyelamatkan
dirimu dari tipu daya
Zulaikha? Yusuf
menjawab; Tuhanku.�
Selanjutnya Jibril
berkata: �Wahai Yusuf,
sesungguhnya Allah SWT
telah membuat
kebaikan ini untukmu.
Maka di manakah
engkau melihat tidak
mempunyai Allah,
sehingga engkau
meminta pertolongan
kepada yang lain? Wahai
Yusuf, dulu datukmu
Ibrahim as tidak mahu
meminta tolong kepada
Jibril ketika ia akan
dilemparkan ke
dalam api oleh Namruz.
Ketika itu aku berkata
kepadanya: �Apakah
engkau
memerlukan pertolongan
wahai Ibrahim?
Kemudian Ibrahim
menjawab: Kepadamu,
aku
tidak meminta
pertolongan. �
Begitu pula datukmu
Ismail, ia tidak meminta
pertolongan apa pun
kepada ayahnya
Ibrahim, ketika ia akan
dikorbankan. Namun ia
hanya berkata: �Insya
Allah engkau
akan memperolehi aku
termasuk golongan
orang-orang yang sabar.�
�Tetapi engkau wahai
Yusuf baru sahaja tiga
hari berada di dalam
penjara, sudah
tidak sabar, sehingga
engkau minta
pertolongan kepada
raja.�
Maka bersujudlah Nabi
Yusuf as. kepada Allah
SWT, dan menangis
selama empat
puluh hari. �YaAllah,
demi kehormatan
datukku Ibrahim as dan
Ismail as dan Ishak
as serta demi ayahku
Ya �kub as kasihanilah
aku dan ampunkanlah
kesalahanku. �
Maka turunlah Jibrail as
menemui Nabi Yusuf as
dan berkata:
� Sesungguhnya Allah
SWT berfirman: �Aku
telah memaafkanmu,
akan tetapi Allah
beri engkau hukuman
dengan tinggal di dalam
penjara selama tujuh
tahun lagi.