Bagi tiap-tiap seorang
ada malaikat penjaganya
silih berganti dari
hadapannya
dan dari belakangnya,
yang mengawas dan
menjaganya (dari
sesuatu bahaya) dengan
perintah Allah.
Sesungguhnya Allah tidak
mengubah apa yang ada
pada sesuatu kaum
sehingga mereka
mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri.
Dan apabila
Allah menghendaki untuk
menimpakan kepada
sesuatu kaum bala
bencana (disebabkan
kesalahan mereka
sendiri), maka tiada
sesiapapun yang dapat
menolak atau menahan
apa yang ditetapkanNya
itu, dan tidak ada
sesiapapun yang dapat
menolong dan
melindungi mereka
selain daripadaNya. (Ar-
R'ad 13:11)
Kaum Saleh telah
dibinasakan Allah dengan
suara jeritan Jibril as.
Peristiwa ini
terjadi pada hari Rabu.
Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya kami
menimpakan atas
mereka suatu suara yang
keras mengguntut;
maka jadilah mereka
seperti rumput- �rumput
kering (yang
dikumpulkan oleh) yang
mempunyai kandang
binatang." (Al- Qomar:
31)
Dikisahkan bahawa pada
suatu hari Nabi Saleh
menyampaikan berita
bahawa pada
masa itu akan lahir di
tengah-tengah mereka
seseorang yang menjadi
penyebab
kehancuran kaum itu.
Maka para pemuka kaum
itu mengadakan
mesyuarat untuk
membahas masalah
tersebut.
Akhirnya mereka
memutuskan, harus
memisahkan diri
daripada isteri masing-
masing,
jika ada yang hamil dan
melahirkan anak lelaki
maka harus dibunuh.
Keputusan
mereka itu dijalankan.
Salah seorang dari kaum
mereka melahirkan
seorang anak lelaki,
namun mereka
tidak sampai hati untuk
membunuhnya.
Disebabkan keluarga
tersebut belum pernah
mempunyai anak, anak
itu bemarna Qodaron.
Sebanyak sembilan kaum
telah membunuh anak
lelaki mereka yang lahir.
Namun
ketika mereka melihat
Qodaron telah menjadi
seorang pemuda, mereka
merasa
menyesal kerana telah
membunuh anak-anak
mereka dahulunya.
Kemudian mereka
berunding untuk
membunuh Nabi Saleh as.
Mereka berkata:
"Sebaiknya kita pergi
keluar kota dahulu,
kemudian kita pulang
dengan secara sembunyi,
pada saat itu Nabi Saleh
kita bunuh. Lalu kita
bersumpah
dengan nama Allah
dengan kerabatnya
bahawa kita tidak
membunuhnya dan kita
tidak
tahu sama sekali tentang
pembunuhan itu."
Ketika itu umur Qodaron
lima belas tahun. Di saat
mereka sedang minum
arak,
mereka juga
memerlukan air,
sedangkan pada hari itu
merupakan giliran unta
untuk
mendapatkan air,
mereka sudah puas
mencari air di tempat
yang lain, namun tidak
mereka temui. Kemudian
Qodaron berkata:
"Menurut pendapatku,
lebih baik kita
bunuh sahaja unta Saleh,
sebab kita dalam
kesukaran air."
Kemudian mereka pun
keluar dengan membawa
sebilah pedang, mereka
bersembunyi di
rumput-rumput di bawah
kaki gunung. Pada saat
giliran unta Saleh ingin
minum air,
maka dengan segera
Qodaron membunuh unta
tersebut. Kemudian
mereka juga berusaha
membunuh anak unta
Nabi Saleh, maka anak
unta itu pun berlari ke
arah gunung,
maka dengan kuasa Allah
gunung itu terbelah, dan
masuklah anak unta itu
ke
dalamnya.
Ketika Nabi Saleh as
mengetahui peristiwa
pembunuhan terhadap
unta mukjizatnya
itu, maka ia berkata
kepada kaumnya: "Anda
semua boleh duduk di
rumah selama
tiga hari, setelah itu
akan datang seksaan
kepada anda.
Tanda�tandanya adalah,
pada hari pertama muka-
muka kamu semua
menjadi merah, pada
hari kedua menjadi
kuning, pada hari ketiga
menjadi hitam legam."
Di saat mereka melihat
tanda-tanda seperti yang
diucapkan oleh Nabi
Saleh itu
betul, mereka pun
berkata: "Mari kita
bunuh Nabi Saleh seperti
kita membunuh
untanya." Mereka
kemudiannya menuju ke
tempat tinggal Nabi
Saleh. Peristiwa itu
terjadi pada hari Rabu.
Kemudian Jibril as datang
sambil memegang tugu-
tugu kota
itu lalu digoncangnya
dengan sekeras-
kerasnya. Akhirnya dia
menjerit dengan
sekuat-kuatnya sehingga
mereka semua mati pada
saat itu juga.
Begitu gambaran betapa
bahayanya minuman
keras yang memabukkan
ini. Kerana sebab
terbunuhnya unta
mukjizat Nabi Saleh
disebabkan minuman
keras. Fitnah Harut dan
Maarut juga kerana
minuman keras. Sebab
terbunuhnya Nabi Yahya
kerana minuman
keras. Kaum Nabi Nuh
mengganggu Nabi Nuh
kerana minuman keras.
Pembunuhan
terhadap Usman ra juga
disebabkan minuman
keras. Pembunuhan
terhadap Sayyidina
Husin juga kerana
minuman keras."