Jibril Mengajar Nabi Nuh
membuat Kapal
Di saat kaum Nuh
melakukan tipu daya
untuk membinasakan
Nabi Nuh as maka Allah
membinasakan mereka
semua iaitu dengan
mengeluarkan daripada
bumi air yang
sangat panas dan
mencurahkan dari langit
air yang sangat sejuk dan
mendatangkan
angin taufan yang sangat
dahsyat di keliling
mereka, saat itu
binasalah musuh-musuh
Nabi Nuh dan selamatlah
Nabi Nuh berserta
pengikut-pengikutnya
yang beriman.
Firman Allah SWT yang
bermaksud:
�Maka Kami selamatkan
Nuh dan orang-orang
yang bersertanya di
dalam kapal yang
penuh muatan. �
(Asy-Syu�ara�: 119)
Kaum Nuh ingin
mengeluarkan Nabi Nuh
as. daripada tengah-
tengah mereka.
Kemudian
Allah SWT melakukan
tipu daya terhadap
mereka. Dan Allah
mengeluarkan daripada
langit air yang sangat
sejuk dan memancarkan
air daripada bumi
dengan air yang
sangat panas.
Firman Allah SWT yang
bermaksud:
� Maka Kami bukakan
pintu-pintu langit dengan
menurunkan air yang
mencurah-curah.
Dan Kami jadikan bumi
memancar mata air-
mata air maka
bertemulah air-air itu
satu urusan yang
sungguh telah
ditetapkan. �
(Al-Qamar: 11-12)
Ketika masa azab yang
telah ditentukan oleh
Allah SWT itu hampir
tiba, Allah
mengutus Malaikat Jibril
as untuk menemui Nabi
Nuh as mengajarkan
kepada beliau
cara-cara menukang
kayu, dan Jibril
mengatakan bahawa
Allah menyuruh Nabi Nuh
membuat sebuah kapal.
Firman Allah SWT yang
bermaksud:
� Dan buatlah bahtera itu
dengan pengawasan dan
petunjuk wahyu Kami. �
(Hud: 37)
Kemudian Nabi Nuh
berkata: �Bagaimana
cara membuat kapal
tersebut? Jibril
menjawab: �Potonglah
124000 keping papan, dan
pada tiap-tiap keping
papan itu
tertulis nama Nabi. � Nabi
Nuh menjawab:
� Sesungguhnya saya
tidak mengetahui
seluruh nama-nama Nabi
tersebut? Allah
berfirman: �Wahai Nuh,
tugas memotong
papan itu adalah
tugasmu, sedangkan
menyatakan nama-nama
nabi itu, Akulah yang
akan melakukannya. �
Kemudian Nabi Nuh pun
memotong kepingan
papan yang pertama,
maka kelihatan nama
Nabi Adam as. Pada
kepingan yang kedua
nampak nama Syaits as.
Pada kepingan
papan yang ketiga
nampak nama Idris as.
Pada kepingan papan
yang keempat nama
Nuh as. Demikianlah
seterusnya, setiap kali
Nabi Nuh selesai
memotong papan
tersebut maka
nampaklah nama
seorang Nabi pada papan
itu. Yang paling akhirnya
adalah Nabi Muhammad
SAW, sebagai penutup
nabi-nabi, penghias
orang orang suci
dan penyuluh para wali.
Setelah itu Allah
memerintahkan Nabi
Nuh as untuk
menyiapkan paku-
pakunya. Pada
setiap paku tercantum
nama salah seorang
Nabi. Setelah Nabi Nuh
as menyiapkan
paku, lalu beliau
menyatukan kepingan-
kepingan papan tersebut
dan memakunya.
Orang-orang kafir yang
melihat pekerjaan Nabi
Nuh itu mengejek dan
menghinanya.
Hal ini dinyatakan Allah
SWT dalam firmanNya
yang bermaksud:
� Dan mulailah Nuh
membuat bahtera. Dan
setiap kali pemimpin
kaumnya berjalan
melewati Nuh, mereka
mengejeknya. Berkatlah
Nuh: �Jika engkau
mengejek kami,
maka sesungguhnya kami
pun mengejekmu
sebagaimana kamu
sekalina mengejek
(kami). �
(Hud: 38)
Itulah sebagai
peringatan yang
diberikan oleh Allah,
kerana ketika Allah
nampakkan nama-nama
kekasih-Nya pada
kepingan papan itu,
maka Allah selamatkan
papan itu dan
penumpangnya daripada
badai dan taufan. Dan
ketika Allah
menampakkan pada hati
orang-orang beriman
kecintaan kepada
Rasulullah SAW dan
sahabat-sahabatnya,
maka Allah selamatkan
pula mereka daripada
seksaan api
Neraka.
Dalam sebuah kisah
diceritakan, bahawa ada
yang bertanya kepada
Abdullah bin
Abbas ra. �Ajarilah kami
ilmu yang dapat
menyelamatkan kami
daripada api neraka
dan dapat memasukkan
kami ke dalam Syurga? �
Ibnu Abbas menjawab:
� Hendaklah kamu semua
melakukan lima belas
perkara. laitu
lima dengan lisan, lima
dengan anggota badan
dan lima dengan hatimu.
Lima dengan lisan itu
adalah mengucap
kalimah:
Subhanallah
Alhamdulillah
La ilahaillallah
Allahuakhbar
Lahaulawala quwata illa
billahil �aliil adzhim
Lima dengan anggota
badan iaitu solat lima
waktu:
Isyak.
Subuh.
Zohor.
Asar.
Maghrib.
Lima dengan hati iaitu
mencintai lima orang
yang dicintai Allah SWT
Rasulullah
dan sahabat yang empat.
Nabi Muhammad SAW
Abu Bakar Siddiq.
Umar bin Khattab.
Usman bin Affan.
Ali bin Abi Thalib.