JIBRIL MEMBERITAU YUSUF A.S TNTG KEDATANGAN SAUDARANYA
Saudara-saudara Yusuf
menemui Nabi Yusuf as
pada hari Khamis.
Firman Allah SWT:
� Dan saudara-saudara
Yusuf datang (ke Mesir)
kemudian mereka masuk
ke tempatnya.
Maka Yusuf mengenal
mereka, sedang mereka
tidak kenal lagi
kepadanya.�
(Yusuf: 58)
Ketika saudara-saudara
Yusuf hampir sampai di
Kota Mesir, maka
turunlah Jibril
menemui Nabi Yusuf as
dan ia berkata:
� Saudara-saudaramu
datang menemuimu,
bagaimana sikapmu
terhadap mereka. Nabi
Yusuf menjawab: Wahai
Jibril, mereka telah
banyak menyakiti hatiku,
bahkan
mereka telah beniat
untuk membunuhku,
ketika ini mereka datang
memerlukan
bantuan denganku. Tiada
lain yang harusku
lakukan selain
memaafkan mereka.�
Sebahagian ulama
mengatakan
bahawasanya saudara-
saudara Yusuf as datang
menemuinya sebanyak
tiga kali. Untuk kali
pertama, mereka datang
sebagai orang-orang
yang memerlukan
bantuan. Kemudian Yusuf
as memuliakan mereka.
Firman Allah SWT
bermaksud:
� Yusuf berkata kepada
bujang-bujangnya, �
Masukkanlah barang-
barang (penukar
milik mereka) ke dalam
karung-karung mereka,
supaya mereka
mengetahuinya apabila
mereka telah kembali
kepada keluarganya
mudah-mudahan mereka
kembali lagi. �
(Yusuf. 62)
Kali kedua, mereka
datang dengan
kesombongan maka
mereka pulang dengan
rasa
dukacita, ketika saudara
mereka mengatakan
kepada mereka:
� Kembalilah kepada
ayahmu dan katakanlah:
� Wahai ayah kami,
sesungguhnya anakmu
telah mencuri. �
(Yusuf. 81)
Kali ketiga mereka
datang dengan
merendahkan diri, oleh
sebab itu mereka pulang
dengan hati yang senang
dan gembira. Kerana
Yusuf mempunyai sifat
penyayang dan
orang yang penyayang
itu suka kepada orang
yang merendah diri.
Ketika mereka memasuki
Kota Mesir, Yusuf as
memerintahkan agar
istana-istana dan
rumah-rumah dihias.
Kemudian beliau
mengeluarkan pakaian
yang indah untuk
dipakaikan kepada
sahaya dan perajuritnya.
Beli memasang
permaidani-permaidani
yang indah, serta
menyusun singgahsana
untuk menyambut
saudara-saudaranya.
Nabi Yusuf as duduk di
atas singgahsana, lalu
beliau memerintahkan
agar saudara-saudaranya
masuk. Ketika itu
mereka tidak lagi
mengenali Yusuf as
tetapi Nabi Yusuf masih
mengenali mereka.