Izrail Masukkan Roh Ke
badan Adam AS
Dijadikan pada tubuh
Adam ada sembilan
rongga atau liang. Tujuh
buah liang di
kepala, dan dua buah
liang di bawah badan
letaknya. Tujuh buah
letaknya di
kepala: Dua liang mata,
dua liang telinga, dua
liang hidung, dan sebuah
liang
mulut. Yang dua macam
di bawah: Sebuah liang
kemaluan dan liang
dubur.
Dijadikan pula lima buah
pancaindera:
1. Mata alat penglihatan.
2. Hidung alat
penciuman.
3. Telinga alat
pendengaran.
4. Mulut alat perasa
manis, masin dan
sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya
seperti kulit, telapak
tangan, untuk perasa,
halus,
kasar, dan sebagainya.
Ketika Allah akan
jadikan Adam, tanah itu
dicampuri air tawar, air
masin, air
hanyir, angin dan api.
KemudianAllah resapkan
Nur kebenaran dalam
diri Adam
dengan berbagai macam
"Sifat�. Lalu tubuh Adam
itu digenggam dengan
genggaman "Jabarut"
kemudian diletakkan di
dalam "Alam Malakat."
Sesungguhnya tanah
yang akan dijadikan
"Tubuh Adam" adalah
tanah pilihan. Maka
sebelum dijadikan
patung, tanah itu
dicampurkan dengan
rempah-rempah, wangi-
wangian
dari Nur Sifat Allah, dan
dirasmi dengan air hujan
"Bahrul-Uluhiyah."
Kemudian
tubuh itu dibenamkan
dengan air "Kudral-
'lzzah-Nya," iaitu sifat
"Jalan dan
Jammal", lalu diciptakan
menjadi tubuh Adam
yang sempurna.
Cuba perhatikan fiman
Allah dalam surah Ad-
Dahr, ayat satu
sebagaimana yang
berbunyi sebagai berikut:
"Apakah tidak datang
kepada manusia khabar
berita
suatu zaman yang tidak
dapat disebut-sebutkan
menurut perhitungan
manusia?"
Yang maksudnya Allah
ciptakan alam semesta
dan temasuk Adam
dalam waktu yang
sangat lama, yang tidak
dapat ditaksir dan dikira-
kira menurut
perhitungan
manusia zaman
sekarang.
Menurut keterangan
ulama, ketika tubuh
Adam diselubunginya
dalam waktu 120 tahun,
40 tahun di tanah yang
kering, 40 tahun di tanah
yang basah, dan 40 tahun
yang
hitam dan berbau.
Kemudian Allah rubah
tubuh Adam dengan rupa
kemuliaan. Maka
tertutuplah
pemandangan mata
malaikat daripada
melihat hakikat yang
sebenamya.
Mereka memandang
rendah akan bakal
kejadian Adam lantaran
menurut penglihatan
yang nyata asal kejadian
Adam. Tiada lain
sebabnya dari kurang
makrifat mereka.
Memang para malaikat
telah mengetahui
bahawa Adam ini akan
menjadi khalifah
Tuhan di dunia. Sudah
tentu mereka merasa
hairan, mengapa orang
yang akan
menjadi khalifah Tuhan
demikian asal
kejadiannya. Sedangkan
bangsa malaikat asal
kejadian mereka dari
cahaya.
Demikian pula roh,
ketika itu diperintah
masuk ke dalam tubuh
Adam, ia pun
merasa enggan. Segan
dan malas untuk masuk
ke tubuh Adam yang
masih merupakan
patung yang kini sudah
mengeras seperti batu.
Roh itu bukan masuk,
malah ia
berputar-putar,
mengelilingi patung
Adam yang terlantar di
situ dikelilingi
malaikat yang
menyaksikan seperti
Jibril, Mikail, Israfil,
Izra'il dan lain-lain
malaikat lagi.
Kemudian Allah
menyuruh malaikat Izra'il
untuk memaksa roh itu
masuk ke dalam
tubuh Adam. Akhirnya
mahu tidak mahu roh itu
menyerah kepada Izra' il.
Ia dimasukkan ke dalam
tubuh Adam, lalu roh itu
masuk perlahan-lahan
sehingga ke
kepalanya yang
mengambil masa selama
200 tahun. Demikianlah
Allah memberi
kekuatan kepada Izra'il
untuk memasukkan roh
ke dalam tubuh Adam.
Dahulu Izra'il
ditugaskan mengambil
tanah untuk Adam, dan
kini dia pula ditugaskan
untuk
mencabut nyawa umat
manusia.
Setelah ia meresap ke
kepala Adam, maka
teijadilah otak dan
tersusunlah urat-urat
sarafnya dengan
sempurna. Kemudian
terjadilah matanya
seketika itu matanya
terus
terbuka melihat dan
melirik ke kiri dan ke
kanan. Dan juga melihat
ke bawah di
mana sebahagian
daripada badannya masib
merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri
dan kanan para malaikat
yang sedang
menyaksikan kejadian
dia. Ketika itu telinga
Adam telah dapat
mendengar para
malaikat mengucap
tasbih memuji kebesaran
Allah,
dengan bemacam-macam
ucapan kalimat tasbih
dengan suara merdu dan
mengasyikkan.
Kemudian ketika roh
sampai ke hidungnya lalu
ia bersin, serta mulutnya
terbuka.
Ketika itu Allah ajarkan
mengucap Alhamdulillah.
Itulah ucapan Adam
pertama kali
ke hadrat Allah. Lalu
Allah berkata:
"Yarkhamukallaah" yang
ertinya: "Semoga
engkau diberi rahmat
Allah."
Oleh kerana itu jika
orang bersin menjadi
ikutan sunat mengucap:
"Alhamdulillah"
dan orang yang
mendengarnya sunat
mengucap:
Yarkhamukallaah."
Kemudian ketika roh
sampai pada dadanya,
tiba-tiba saja ia mahu
bangun. Padahal
sebahagian badannya ke
bawah masih menjadi
tanah keras. Di sini
menunjukkan
sifat manusia yang suka
tergesa-gesa (tidak
sabar). Sebagaimana
fiman Allah SWT
maksudnya: "Dan adalah
manusia itu, suka
tergesa-gesa."
Maka ketika roh itu
sampai di bahagian
perutnya maka terjadilah
susunan isi
perut dengan sempurna.
Maka seketika itu
terasalah lapar.
Kemudian terus roh itu
meresap sampai ke
seluruh tubuh Adam,
tangan, kaki, lalu terjadi
darah daging
dan tulang, urat-urat,
berkulit dengan
sempurna, yang mana
kulit itu kian lama
kian bagus dan halus.
Begitulah proses
kejadian-kejadian tubuh
Adam.
Menurut riwayat ketika
Adam masih berada di
Syurga sangat baik sekali
kulitnya.
Tidak seperti warna kulit
kita sekarang ini. Kerana
setelah Adam diturunkan
ke
dunia, terjadilah
perubahan warna
kulitnya. Sebagai
peringatan, yang masih
tertinggal warnanya
hanya pada kuku
manusia. Hal ini kita
biasa lihat meskipun
orang kulitnya hitam,
tapi warna kuku adalah
sama, ialah putih
kemerah-merahan.
Suatu keterangan
bahawa Nabi Adam as
dikenali dengan gelaran
Abul-Basyar: (Bapa
segala Manusia) dan
Nabi Muhammad SAW
pula dengan gelaran
"Abul Ruh" atan "Abul
Arwah" (Bapa segala roh)
.
Setelah kejadian Adam
sempurna sebagal
manusia, maka dialah
merupakan jenis
makhluk manusia yang
pertama. Wajahnya
cukup cantik, semua
malaikat berasa kagum
lihat Adam yang begitu
menawan. Mereka sama
sekali tidak menyangka
bahawa
makhluk yang asalnya
dari tanah kini kelihatan
indah dan menawan.
Kemudian Adam
dipakaikan dengan
pakaian kebesaran dari
syurga dengan mahkota
yang ditatah intan
berlian yang
menambahkan lagi
keagungannya sebagal
seorang
raja atau khalifah.
Setelah itu Adam duduk
di atas kerusi keemasan
yang bertatah
pemata sambil dikelilingi
oleh para malaikat.
Kemudian setelah Adam
duduk di
atas kerusi itu, lalu dia di
usung oleh empat orang
malaikat serta diiringi
oleh
ribuan malaikat untuk
diperkenalkan kepada
penghuni di langit yang
pertama
sehingga ke langit yang
ke tujuh sampailah ke
syurga.
Menurut riwayat
mengatakan Adam
diarak oleh malaikat
selama lebih kurang 100
tahun. Setelah itu
barulah Adam dibawa ke
syurga iaitu tempat
Adam mula-mula
dijadikan.
Kemudian datanglah
Jibril membawa seekor
kuda dari syurga yang
berwarna hijau
muda serta bersayap.
Baunya sangat harum
serta dapat berkata-kata
seperti
manusia. Di belakang
kuda itu terdapat
tempat duduk yang
selesa. Jibril memegang
tali pemacu, Mikail
duduk di sebelah kanan
Adam manakala Israfil
pula duduk di
sebelah kiri beliau.
Diceritakan di mana saja
Adam pergi dia selalu
mengucapkan
"Assalamualaikum"
yang mana ia dijawab
oleh setiap para
malaikat dengan
"Waa'alaikum salam."